Microsoft akan menarik semula kabel kuasa Surface Pro

surface

      Jika anda memiliki Surface Pro, dan anda membelinya samada secara online terus dari US atau Eropah, kebarangkalian Microsoft untuk menarik semula kabel kuasa (“power cord”) anda adalah tinggi. Ini kerana pihak Microsoft bercadang untuk memanggil semula dengan secara sukarela kabel kuasa Surface Pro tablet yang dikeluarkan sebelum Pro 4 dan yang dijual sebelum tempoh tertentu ( March 2015 di US, July 15 di Eropah). Microsoft memberitahu pihak channelnomics bahawa kabel kuasa tersebut boleh menyebabkan kebakaran. Walaupun hanya sebilangan kecil pengguna telah mengadu tentang masalah tersebut, tetapi pihak Microsoft tidak mahu mengambil sebarang risiko. Oleh itu penarikan semula adalah jalan yang paling selamat.

Kami masih menunggu samada Microsoft Malaysia akan melakukan perkara yang sama, tetapi jika penarikan tersebut berlaku, anda akan berpeluang untuk mendapatkan kabel kuasa tersebut bermula 22 Januari ini. Kami akan mengemaskini sebarang perkembangan terbaru di sini setelah mendapat jawapan dari pihak Microsoft.

UPDATE TERKINI : Kami telah difahamkan bahawa Pihak Microsoft Malaysia juga akan mengeluarkan kenyataan tentang bagaimana pengguna boleh menggantikan dengan percuma kabel kuasa tersebut.