Mortal Kombat memang amat sinonim dengan aksi keganasan yang amat melampau. Walaupun begitu, penerimaan terhadap permainan ini amat memberangsangkan serta mempunyai peminatnya yang tersendiri. Tidak hairan lah jika NetherRealms mengeluarkan permainan terbaru mereka berjudul Mortal Kombat X. Dengan grafik yang lebih hebat serta watak yang lebih menggerunkan, pemain disajikan dengan lebih keganasan serta permainan yang akan membuatkan anda terlekat di skrin untuk berjam lamanya.
Tidak lama selepas keluarnya Mortal Kombat X, pihak NetherRealms tidak berhenti di situ sahaja. Baru baru ini mereka telah mengeluarkan trailer terbaru mereka , Mortal Kombat XL untuk tatapan umum. Tidak diketahui samada mereka akan mengeluarkannya untuk platform PC, tetapi yang pasti, ia akan dikeluarkan untuk Playstation 4 dan juga Xbox One.
Adakah anda teruja? Adakah anda akan menjadi juara? Adakah anda akan menjadi pemain terhandal?? Semuanya akan terjawab bila anda mencuba Permainan Mortal Kombat ini.