6 Cara untuk mengelak dari data dicuri!

window-1231894_1920

Selalunya gajet yang kita beli amat bernilai pada kita terutama data yang berada dalamnya. Tetapi telah menjadi lumrah, kita akan selalu terlupa dan kadang-kadang cuai. Ayat yang biasa kita akan dengar ialah ” Eh, mana pergi telefon aku? ” “Alamak, handphone aku hilang lah!”. Jika ianya di curi atau hilang, mood anda pasti akan hilang dan mulalah akan menyalahkan diri sendiri atau orang-orang disekitarnya.Lebih-lebih lagi jika data yang ada di dalamnya amat lah sensitif sekali. Tips hari ini ialah 6 cara untuk mengelakkan dari data dicuri.

  • Kunci telefon anda dengan menggunakan kata laluan yang amat susah untuk diduga. Kata laluan atau pin yang mudah diduga akan menjadikan telefon lebih senang untuk di masuki.
  • Backup segala gambar, dokumen atau apa sahaja yang anda rasa berharga ke dalam Harddisk backup anda. Walaupun perisian cloud adalah satu alternatif yang bagus untuk menyimpan segala data peribadi anda, tetapi adakah ianya benar-benar selamat?
  • Aktifkan perisian pencarian telefon anda supaya jika telefon anda hilang, anda boleh mengesan,mengunci serta memadamkan segala data sensitif anda.
  • Jangan klik pada link yang anda rasa tidak selamat atau yang anda tidak tahu dari mana datangnya. Link yang telah dikompromi akan digunakan untuk mencuri segala data anda yang berada di dalam telefon anda.
  • Jangan sesekali lupa untuk memadamkan data sensitif anda jika anda ingin menjual gajet anda. Walaupun segala maklumat ada di dalam external SDcard, ianya mungkin juga berada di dalam sistem telefon itu sendiri. Sebaiknya buat Hard reset atau format telefon sebelum menjualnya.

Selalulah beringat dan ingatlah bahawa kecuaian itu akan terjadi. Selalu lah backup data peribadi anda kerana anda tidak akan tahu bila ia akan hilang dari pandangan mata anda.