Apple mengumumkan apa yang dikatakan sebagai Era baru bagi iPhone, iaitu dengan teknologi 5G. Dalam sidang media yang ditontonkan secara Maya pada jam 1 pagi 14 Oktober ( Waktu Malaysia ) , Apple memperkenalkan iPhone 12 dan iPhone 12 Mini yang didatangkan dengan sistem Dwi Kamera, dan paparan Super Retina XDR berserta dengan “Ceramic Shield Front Cover.”
Kesemua model rekaan iPhone 12 memaparkan skrin luas yang melitupi hampir keseluruhan skrin, dan juga menggunakan pelindung skrin “Ceramic Shield Front Cover” yang secara tidak langsung melindungi skrin anda dari retak atau pecah jika berlaku sebarang hentakan kuat.
Dengan Cip A14 Bionik yang direka oleh Apple sendiri, ia boleh dikatakan sebagai cip yang terpantas di dalam telefon Pintar iPhone . Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan Sistem Dwi Kamera yang akan membawakan ciri ciri baru dari segi fotografi serta kualiti penghasilan video di dalam telefon pintar. iPhone juga memperkenalkan Magsafe, iaitu pengecasan tanpa wayar berkuasa tinggi, serta ke semua aksesori yang senang di lekatkan di belakang iPhone.
iPhone 12 dan iPhone 12 mini didatangkan dengan pilihan 5 warna dengan kemasan aluminium yang amat cantik sekali iaitu biru, hijau, hitam, putih serta (PRODUCT)RED. Setakat ini kami masih belum mengetahui bila ia akan dilancarkan di Malaysia tetapi jika anda berada di UK, U.S, Australia dan juga Singapura, anda boleh membuat pesanan secara Pre-order bermula 16 Oktober 2020.
Untuk harga yang dipaparkan di Apple Store Malaysia adalah seperti berikut :-
iPhone 12 mini (64GB – RM3,399, 128GB – RM3,599, 256GB – RM4,099)
iPhone 12 (64GB – RM3,899, 128GB – RM4,099, 256GB – RM4,599)